Real Date : Jun 2009
Mr. Berlagak... Nama yang setiap kali aku dengar , setiap kali tu la aku annoying. Dia kacau aku ke ? Busybody pasal life aku ? Em.. em.. Tak , langsung tak. Tapi aku tak sangka aku ada kebolehan benci sesorang tu tanpa kenal dia , muka pun tak. Cuma melalui nama dah boleh buat aku benci mamat ni. Benci sangat. Aku ulang, benci sangat.
Gila hebat rupanya aku.. hmm
Actually kebencian ni sejak form one lagi. Sebab ? Sebab aku benci lelaki ego, ok lelaki memang ego tapi dia punya ego betul-betul buat aku nak kenyek-kenyek je dia. Kenapa nak busybody kan? Haa tuu laa, sampai sekarang aku fikir. Kenapa aku sibuk-sibuk nak tolong sakit hati, aku pun pelik. Dan soalan tu masih tak terjawab sampai sekarang.
Dia tak pernah kacau life aku, and aku pun tak pernah sentuh hal dia. Tapi aku selalu dengar akak-akak tahun dua ramai sangat usha mamat ni. Handsome ke? Em aku tak kenal pun dia. Jadi aku tak boleh nak komen apa-apa. Sebenarnya aku ehem.. em rapat em.. rapat dengan senior tahun dua aku. sebenarnya laa.. tapi okay lah yang tuu next cite....
Okay pasal mamat ni. Disebab kan aku rapat laa jugak dulu dengan akak tahun dua, so diorang suka laa share-share cite. Diorang cite la sape paling handsome batch diorang, paling macho, paling tu paling ni. Macam-macam aku tahu.
Then.. Masa syok-syok diorang cite. Tetibe ada akak ni tanya aku..
"Dik, kenal tak Mr. Berlagak ?"
"Tak pun hee.."
Tak sangka sorang je petik nama dia, akak-akak lain terus bukak cite pasal dia. Aku tak ingat laa dialog macam mana. Tapi lebih kurang laa...
"Mr. Berlagak tu jenis tak layan perempuan. Tapi dia boleh tahan la, ada rupa. hihi. Ada je bebudak ni syok dekat dia. Tapi syok gitu-gitu jela. Nak confess tak brani laa, dia tu tak melayan. Budak ni nakal jugak, nanti kene bahan, malu.. Tu budak-budak ni minat gitu-gitu je. Ada akak minat dia pun dia tak layan, ego jugak la,.."
Dan aku ter spontan cakap..
"Kenapa poyo sangat ? eh bajet nye. Nanti mesti couple jugak. Laki macam mana sangat. Tak suka lah laki centu.."
And aku tahu aku tak patut cakap macam tu, then terus aku cover dengan gelak-gelak je. Cuak jugak, diorang kemain puji, aku cakap macam tu. Gila tak takut, senior tuu.. Dan aku rasa aku over sangat entah kenapa. Gila...
Then.. Bila lepak aku dengar-dengar jugak orang cakap pasal dia. Tapi malas nak ambik tahu, malas nak kenal tuan punya badan.
Adalaa satu hari ni....dua bulan selepas tarikh kat atas tuu...
Sorang member yang rapat jugak dengan aku.. lepak ambik angin makan angin kat tangga.. Tetibe dia tanya aku soalan yang aku tak sangka benda tu ada dalam kepala dia..
"Weh, kau kenal senior kita mr. Berlagak tk?"
" Hm.. tak"
"Orang cakap dia tak suka couple-couple ni, orang cakap laa..."
"oh jadi? biar lah dia..aku tak suka mamat poyo mcam tuu.."
"aku cabar kau usha dia. amacam ? brani ?? "
"hahaha kau ingt ni lawak sangat ke? memang tak kan. gila laa..aku perempuan haa.."
"alahh tk brani lahtuu.. aku rasa laa....bla..blaa...blaaaa"
Dia merapu entah kemana. Then aku pun sampai sekarang ingat benda ni. First time kawan aku cabar aku p usha lelaki. Gila betul palotak dia.
Okay.. Hari ni nasib tak elok... pheww
Aku nahas-nahas nak kene simbah dengan air. Gila punya mamat ni. Simbah air merata tak tengok orang ! Okay macam-macam jugal aku bebel dalam hati tadi
Real Date : 14 Julai 2009
Sangat berdendam dengan si pelaku nya, Confirm aku ingat dia sampai mati nih. Mana boleh lupa accident yang oleh buat aku malu satu sekolah. Eh tapi kan, ya Allah cool nya dia sampai aku sampai... ughh gila sampai rasa nak pijak terajang pakai kaki aku ni. Dia tengok aku pun punya rilek muka, takda nak cakap apa pun. Atleast sorry pun aku dah boleh consider dah. Siap senyum-senyum buat muka poyo annoying nak mampus pulak. And yes tadi aku sempat snap muka mamat tu dengan kebolehan mata aku ni. Power kan ?
Balik dorm aku membebel sesorang. Cakap mamat ni gila la. Kurang ajar laa, Takda attitude la.. teruk betul mulut aku hmm tak baik. TAK BAIK. Jangan tiru okay . Sebab aku yang jalan depan sekali. Kalau kayup, cuma aku je yang kuyup tadi. Jadi tak salah kan aku mencarut ? Ok maaf...
Tengah syok membebel panjang lebar punya semangat ni. Biasa la perempuan, memang over sikit. Gedik je nak membebel itu ini, tetiba kawan aku potong line..
"Kau mengata tu kau kenal ke dia sape ? "
"Aku tak kisah laa dia sape pun. Yang penting dia kurang ajar dan kene tambah ajaran sikit.."
"tuu sepupu aku wei. Anak cikgu kita tu hahahahaha ..."
Sepupu? Oh okay sepupu em.. em.. nak mintak maaf tak ? Tapi...
"Takpe.. dia memang jahat sikit.. Aku suka dengar kau caci dia centu.."
Eh green light doe.. hahaha okay
P/s : Mohon kalau buat salah, cepat-cepat mintak maaf. Bukan apa, at least dapat sejuk kan hati orang yang disakit kan hati tu. Jangan tiru perangai bro tu okay..
No comments:
Post a Comment